Thursday, 28 January 2016

PENTING nya suami mempunyai INSURANS!!


Kenapa suami saya perlu ada insurans?
 Saya lihat dia sendiri mampu tanggung kami semua.
Tak terbeban pun saya tengok.

Saya mewakili kaum-kaum isteri akan jawab soalan akak ni semua untuk pendengaran abang-abang semua ya:

+  Suami bekerja cari keperluan, isteri suri rumah urus keperluan. Jika suami tiada @ sakit siapa yang mencari keperluan dan siapa yang akan mengurus keperluan. Semuanya akan terletak di bahu akak. Akak yang mencari keperluan dan anak-anak yang menanggung beban terabaikan kasih sayang kerana bergantung pada sepasang tangan.

+ Menurut kajian, jangka hayat seorang lelaki lebih pendek dari seorang wanita kerana hidup mereka lebih terdedah pada asap rokok . Tak merokok tak macho, kibas-kibas tangan pada asap bila orang meja sebelah hisap rokok juga tak macho. Jadi haruslah sedut bersama.

+ Isteri dan anak-anak adalah pewaris suami, jika suami tiada/ sakit , maka semua wang pampasan akan diberikan kepada pewaris untuk digunakan semasa hidup.

+ Jangan tak tahu lelaki lebih mencabar kerjayanya berbanding perempuan, jadi risiko adalah tinggi . Sebagai contoh :
( oil & gas, pilot,  crane, tnb etc)


Nak tahu lagi? Whatsapp saya sekarang :

012-7430533
Zakiah Hanum
Prudential BSN Takaful








Tak kelakar ke belajar tinggi-tinggi tapi jual INSURANS

Kalau bagi anda ianya kelakar silakan gelak. Tapi bagi aku, ini hidup kita. Semua orang ada hak tentukan hidup dia masing-masing. Come on korang. Jangan terlalu memikirkan kerja orang seperti makcik-makcik yang duduk mengumpat di tepian tingkap. Penjual insurans pun perlukan ilmu. Ilmu untuk beri orang lain kesedaran. Dan ilmu saat anda dalam kesusahan.Dan aku adalah salah sorang yang terpanggil. Sebenarnya tak kelakar mana pun. Dalam pemikiran baik mungkin akan kata " Takpelah biarkan dia kerja apa, asalkan halal" .


Itu betul tapi dari segi lain korang patut pikir, jual insurans ni bukan mainan.  Penjual perlu berkhidmat bukan takat sekerat jalan dan hanya muncul saat ambil bayaran bulanan orang. Tapi minda anda diperlukan saat mencuba menyelesaikan kes yang terbentang. Sebagai contoh client anda ditimpa kemalangan, dan anda salah sorang yang terpanggil untuk selesaikan masalah diorang. Patah riuk sana sini. Anggarkan kecedaraan yang patut dia dapat. Membantu orang sakit. Mulia bukan..

Tolonglah. Aku ada adik yang pernah eksiden suatu ketika dahulu. Aku yang menjaga dia siang malam tidur hospital . Dan perasaan korang bila tengok adik yang dulu sihat dah tak macam dulu. Orang insurans datang kira satu-satu tulang patah yang terbabit untuk pampasan. Sedih bukan. Bagi orang lain mungkin duit yang dia  dapat banyak tapi kecatatan kekal dia korang rasa macam dia rasa? Tak bukan. Kecuaian orang lain, adik kau sendiri kena tanggung. Aku tanya, kalau kau sebagai ahli keluarga apa yang kau patut rasa ? Allah tu adil, waktu dia kemalangan masih pelajar sekolah. Jadi insurans untuk sekolah yang tanggung. Kita yang dah berkerja nak harapkan insurans apa kalau bukan insurans peribadi sendiri? Ah malas aku nak taip pasal dia nanti aku yang sedih sendiri.

Ini baru contoh yang korang anggap remehan, belum kes besar lain yang perlu di pikirkan.Hah! sulit bukan.

Jadi jangan sebarangan gelak, kerja jual insurans bukan sekadar memikirkan keuntungan tapi bergerak untuk memberi orang kesedaran. Mensatukan ukhuwah untuk saling membantu. Mungkin bila anda sakit aku tak dapat membantu dengan memberi wang ringgit, tapi sekurang-kurangnya aku rasa dapat amal jariah sebab masa korang  sihat aku tolong buat keputusan yang tepat supaya korang mengambil insurans hayat. Sekurang-kurangnya saat korang sakit tak perlu meminta-minta. Usah jadi BUMIPUTERA yang meminta-minta saat sakit sedangkan korang tahu saat sihat hanya bersenang-lenang memikirkan keindahan hidup. Dalam masa yang sama aku niat nak bantu kawan-kawan aku supaya diorang sedar. Fardhu kifayah ni kalau takda orang nak buat sapa lagi.


Tapi ingatlah, ada bermacam ragam manusia ni gelak . Antaranya :


  1. Bergelak supaya kita patah semangat dan kecundang ditengah jalan
  2. Bergelak hanya sekadar suka-suka
  3. Bergelak untuk mengembirakan hati yang sedang lara dengan mentertawakan hidup orang lain

Nak tanya lebih lanjut. Hubungi 012-7430533 - Zakiah Hanum ( Kawasan Johor dan Selangor) 

5 Pelan Perlindungan Dalam 1 Takaful

1. Kematian / Lumpuh Keseluruhan


  • Kematian : Pampasan akan dibayar sekaligus termasuk nilai tunai pada tahun semasa
  • Khairat Kematian : Wang pampasan segera bagi tujuan pengurusan jenazah dan pengebumian
  • Lumpuh Kekal Kesulurhan : Pampasan akan dibayar sekaligus termasuk nilai tunai pada tahun semasa
  • Elaun Lumpuh : Elaun tahunan sehingga umur 65 tahun


2. Sakit Kritikal (36 Jenis)


  • Crisis Shield/Crisis Cover Plus : Pampasan dibayar sekaligus selepas diagnosis, kos rawatan ditanggng oleh Medical Card
  • Crisis Cover Income : Elaun tahunan sehingga umur 80 tahun
  • Contributor/ Parent & Spouse Contributor : Caruman menjadi PERCUMA sekiranya disahkan menghidap sakit kritikal


3. Kemalangan ( Mati/ Lumpuh/ Cacat)


  • Accidental Death/ Disablement : Pampasan dibayar sekaligus sekiranya mati/TPD. Bagi kecacatan kekal dibayar mengikut peratusan perlindungan
  • Accident Medical Reimbursement : Bayaran balik kos rawatan pesakit luar disebabkan oleh kemalangan
  • Weekly Indemnity : Elaun cuti sakit disebabkan oleh kemalangan sehingga 104 minggu


4. Perubatan (Kos Rawatan )


  • Kad Perubatan (Had Seumur Hidup) : RM300,000 hingga RM4,000,000.
  • Hospital Benefit : Elaun hariansehingga RM200
  • Rawatan Pesakit Luar : Sebelum dan selepas keluar wad, khidmat jururawat di rumah, rawatan kanser dan dialisis buah pinggang, pembedahan balik hari & kemasukan terus ke hospital panel seluruh Malaysia


5. Simpanan (Pendidikan/ Perasaraan)


  • Pilihan Dana : Dana Ekuiti, Dana Urus, Dana Bond, Dana Ekuiti Dinasti
  • Takful Saver : Tingkatkan pulangan pelaburan anda dalam unit amanah takafulink. Caruman minima RM10
  • Pengeluaran : Boleh dibuat bila-bila masa setelah nilai tunai melebihi RM1,000. Tidak perlu menunggu tempoh matang dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000.




Sebarang pertanyaan : whatsapp : 012-7430533 (Zakiah Hanum) #Muar #Johorbahru #Selangor



Takaful tidak penting masa SIHAT tetapi penting masa SAKIT

Ya benar ianya tidak penting, tetapi tidak penting masa sihat tapi dicari masa sakit. Mengerti? 

Saya kurang mampu, gaji saya cukup-cukup makan. Encik kalau sekarang encik bekerja dan punya wang sendiri tapi encik sendiri kata masih belum mampu, adakah masa sakit nanti dan tak bekerja encik akan mampu?






012-7430533
Zakiah Hanum
Prudential Bsn Takaful





Kepentingan Insurans Dulu vs Sekarang

Dulu dan sekarang tak sama. Dulu kos hidup murah sekarang kos hidup meningkat. Dulu takda GST sekarang ada GST. DULU lain  sekarang lain.





Kos rawatan mahal menjadikan insurans satu keperluan

Kos rawatan mahal yang tak tertanggung menjadikan ramai yang sudah terkena penyakit untuk berlumba-lumba mengambil insurans. Di saat sihat langsung tidak diendahkan kerana merasa " Maaf saya tak perlukan kehendak yang satu ini, saya yakin sentiasa sihat "

Masa sakit " dik tolong akak dik, akak perlukan kos perubatan yang mahal, akak tak mampu dik "
Maaf kak, saya mampu hulur ni jek, dulu masa saya hulur tangan untuk akak, akak taknak sambut, sekarang ni jek saya boleh tolong. Saya nak tolong tanggung kos rawatan akak pun saya tak mampu, saya sendiri ambil insurans sebab tu jek yang saya mampu bayar bulan-bulan. Habis tu macam mana sekarang dik? Akak usaha buat tabungan, berdoa dan berserah pada ALLAH. Saya doakan akak cepat sihat. Ini realiti dan bukan fantasi.









Hubungi segera :
012-7430533
Zakiah Hanum
Prudential Bsn Takaful





Peningkatan kos perubatan faktor untuk memiliki insurans

Anda lihat artikel ini diambil pada 2010 melalui Berita Harian online. Jika pada 2010 sudah menjangkau lebih daripada RM1 billion.

Bayangkan kos perubatan yang bakal and hadapi pada era sekarang pula iaitu 2015.

Fikir-fikirkan. Kos sara hidup makin meningkat dari tahun ke tahun bukan makin menurun.

Dengan kos sara hidup yang tak menentu dan keadaan ekonomi yang kurang stabil dapatkah anda membiayai kos perubatan anda sendiri andai ditimpa sesuatu kelak. Tidak bukan? Maka mencarumlah dengan segera sebelum terlambat.